Irfan Khairi - Jutawan Internet

I

rfan Khairi, seorang motivator kekayaan dan perniagaan generasi baru. Sebagai seorang usahawan, penulis buku laris dan juga speaker pakar, kejayaan Irfan Khairi sering dipaparkan dalam majalah, akhbar dan juga media penyiaran. Beliau merupakan penulis ruang motivasi, kekayaan dan perniagaan di beberapa majalah tempatan.

Irfan juga mengendalikan segmen perniagaan dan kewangan sendiri di Astro Awani dan mengemudikan program bicarawara “Jutawan” di Radio 24.

Menamatkan pengajian di UK dan penerima anugerah Certificate of Doctorate in Business Administration daripada Oxford Association of Management ini sering digelar “Jutawan Muda” & “Jutawan Internet” oleh media kerana kejayaan mencapai keuntungan perniagaan internet berjumlah RM1juta pada umur 25 tahun.



Dato' Dr Fadzilah Kamsah

D

ato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah dilahirkan pada 16 Julai 1951 di Sg Pinang Klang. Beliau adalah Pengarah Urusan Excel Training & Consultantcy (M) Sdn. Bhd dan Ketua Pengarah ETC Communications Sdn. Bhd. Beliau pernah memegang jawatan timbalan pengarah di PPPL, UPM dari tahun 1993 sehingga September 1998. Beliau pernah menyandang jawatan sebagai pensyarah dan tutor di Jabatan Komunikasi Pembangunan UPM.

Beliau memegang Ijazah B.S Agric. Science (1st Class Hons) dari UM pada tahun 1975. Kemudian melanjutkan pelajaran ke Winconsin USA mengambil M.S Agricultural Journalism pada tahun 1977. Beliau memiliki Ph.D Organizational Communication dan university yang sama pada tahun 1984.

Dalam bidang kejurulatihan, beliau pernah mengendalikan lebih 6,000 kursus dalam perkhidmatan untuk agensi kerajaan dan swasta dalam bidang motivasi, kepimpinan, metodologi dakwah dan sebagainya.



Abang Abu - Jutawan Singapura

P

ersonaliti media di Singapura, penceramah professional, kolumnis, pelatih dan mentor yang sering dicari, beliau ialah Abg Abu – Abu Ayubol Ansari Ibramaha.

Pemilik 6 buah bisnes in berjaya meletakkan dirinya sebagai jutawan di usia 26 tahun.Terselamat dari kemalangan ngeri dan menyara 4 orang adik beradik kesayangan di usia 21 tahun ini adalah seorang dari pemegang PhD dari ‘sekolah’ dan MBA dari bisnesnya sendiri.